Gerai jualan adalah salah satu aktiviti pelajar yang menyeronokkan |
Hari ini, bermulanya semester pendek di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Kepada semua warga kolej, kami mengucapkan selamat kembali khususnya kepada pelajar-pelajar Seni Kulinari. Kepada yang tak kembali, semoga anda berjaya dengan jalan yang anda pilih.
Suasana dalam bengkel masakan pelajar kulinari |
Buat masa sekarang, hanya pelajar tahun dua sahaja yang menimba ilmu di Kolej Vokasional (ERT) Azizah kerana baru tahun lepas kolej ini diumumkan sebagai kolej vokasional. Kini tiada lagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Semua pelajar akan mempelajari aliran vokasional dimana modul pengajarannya lebih menjurus kepada alam pekerjaan. Antara bidang yang ditawarkan adalah kulinari, fesyen dan asuhan kanak-kanak. Bidang bakeri dijangka akan ditawarkan pada tahun 2015 apabila bangunan baru kolej siap sepenuhnya.
Pelajar menghadiri ceramah yang diadakan |
Pelajar-pelajar tahun satu dijangka mendaftar pada 20 Januari 2014. Sekarang, mungkin pemilihan pelajar sedang giat dilakukan. Kepada yang dipanggil untuk menghadiri temuduga, diharap bersedia kerana dengar cerita, anda akan diuji dari segi kemahiran.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamApa yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran?
BalasPadam