Bangunan Baru Kolej Vokasional (ERT) Azizah Dalam Pembinaan

Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.
Bangunan baru Kolej Vokasional (ERT) Azizah dijangka dapat digunakan sepenuhnya pada pengambilan 2015. Sekarang, kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan dengan lebih giat. Setelah siap, Kolej Vokasional (ERT) Azizah akan mempunyai fasiliti yang cukup untuk menerima lebih ramai pelajar sehingga dua kali ganda dari yang ada sekarang.


Blok yang akan menempatkan Kursus Bidang Bakeri
Blok kolej yang baru ini juga akan dijadikan restoran untuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, kursus baru akan mula ditawarkan iaitu Bidang Bakeri dimana makmal yang lengkap dengan segala peralatan akan ditempatkan di bangunan baru ini. Peralatan-peralatan yang sama seperti yang terdapat dalam industri akan digunakan di sini. Dengan ini, pelajar akan mendapat kemahiran yang diperlukan dialam pekerjaan nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen yang bernas agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...