Calon Pilihanraya Kolej (ERT) Azizah, Johor dari Kursus Seni Kulinari.

Kepada pelajar-pelajar Kolej Vokasional (ERT), Johor Bahru. Pilih lah calon yang berjiwa kepimpinan dan bersesuaian di hati anda.

Pilihanraya MPP Kolej Vokasional (ERT) Azizah Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari berkempen bagi calon MPP untuk pemilihan MPP Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Terdapat beberapa orang calon dari kursus kami Seni Kulinari. 

Berikut merupakan tarikh perlaksanaan prosedur pilihan raya umum Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru bagi Tahun 2014.
Tarikh perlaksanaan prosedur pilihan raya umum calon Majlis Perwakilan Pelajar  KV (ERT) Azizah, Johor Bahru.

Selamat Kembali Warga Kolej Vokasional (ERT) Azizah

Gerai jualan adalah salah satu aktiviti pelajar yang menyeronokkan

Hari ini, bermulanya semester pendek di Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru. Kepada semua warga kolej, kami mengucapkan selamat kembali khususnya kepada pelajar-pelajar Seni Kulinari. Kepada yang tak kembali, semoga anda berjaya dengan jalan yang anda pilih. 

Perkhidmatan Pramusaji Johor Bahru

Perkhidmatan pramusaji lengkap beruniform


Sejak sekian lama, Kolej Vokasional (ERT) Azizah telah menyediakan perkhidmatan pramusaji di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Kebanyakkannya, perkhidmatan pramusaji ditempah oleh syarikat-syarikat katering, perunding perkahwinan atau penganjur majlis-majlis rasmi sahaja. Bagaimanapun, pihak kolej sebenarnya membuka tempahan perkhidmatan ini untuk mana-mana individu dan orang perseorangan yang memerlukannya. Para pelajar telah diberi pendedahan dalam menangani majlis-majlis yang melibatkan jamuan seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri-kendara, majlis-majlis rasmi, majlis keraian terutama yang melibatkan orang kenamaan. Antara tugas yang dilakukan seperti menyambut tetamu, menghidang makan, membersihkan meja sewaktu majlis berlangsung dan tugas-tugas pramusaji yang lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...