Perkhidmatan Pramusaji Johor Bahru

Perkhidmatan pramusaji lengkap beruniform


Sejak sekian lama, Kolej Vokasional (ERT) Azizah telah menyediakan perkhidmatan pramusaji di sekitar Bandaraya Johor Bahru. Kebanyakkannya, perkhidmatan pramusaji ditempah oleh syarikat-syarikat katering, perunding perkahwinan atau penganjur majlis-majlis rasmi sahaja. Bagaimanapun, pihak kolej sebenarnya membuka tempahan perkhidmatan ini untuk mana-mana individu dan orang perseorangan yang memerlukannya. Para pelajar telah diberi pendedahan dalam menangani majlis-majlis yang melibatkan jamuan seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri-kendara, majlis-majlis rasmi, majlis keraian terutama yang melibatkan orang kenamaan. Antara tugas yang dilakukan seperti menyambut tetamu, menghidang makan, membersihkan meja sewaktu majlis berlangsung dan tugas-tugas pramusaji yang lain.



Pramusaji bersama pengantin dalam majllis perkahwinan.


Segala urusan tempahan perlu dibuat secara rasmi melalui pihak kolej. Tempahan awal sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh majlis diperlukan untuk memastikan segala urusan berjalan lancar. Hanya majlis disekitar Bandaraya Johor Bahru atau berhampirannya sahaja akan diterima. Bagaimanapun, kelulusan tempahan bergantung kepada kesediaan pelajar menghadiri majlis dan tidak mengganggu proses pembelajaran di kolej. Pelajar tidak dibenarkan melakukan tugas-tugas berat, kotor dan perkara-perkara yang melanggar peraturan kolej. 

Setiap perkhidmatan yang diberikan dikenakan bayaran yang berpatutan bergantung kepada bilangan pramusaji yang diperlukan. Pelanggan juga perlu menanggung kos-kos yang terlibat seperti kos pengangkutan, guru-guru pengiring dan sebagainya yang dianggap patut. Sila hubungi Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru atau datang terus ke pejabat kolej untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen yang bernas agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...