Keputusan Peperiksaan SPM 2013 Kolej Vokasional (ERT) Azizah


Peperiksaan SPM 2013 adalah yang terakhir semenjak Sekolah Vokasional (ERT) Azizah dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional (ERT) Azizah. Dan dalam peperiksaan SPM yang terakhir ini juga, Kolej Vokasional (ERT) Azizah mencipta sejarah dengan pencapaian yang amat cemerlang. Nak tahu bagaimana cemerlangnya mereka?




Peperiksaan SPM yang baru diumumkan minggu lalu mencatatkan semua matapelajaran memperolehi keputusan 100% lulus. Seramai 4 orang pelajar mendapat semua A dalam keseluruhan 9 matapelajaran yang diambilnya. 9 orang pelajar lagi mendapat 8A. Pelajar yang memperolehi 7A pula seramai 25 orang diikuti 6A seramai 18 orang. Gred purata sekolah juga meningkat sebanyak 0.52 menjadi 2.75. Ini menjadikan keputusan SPM 2013 adalah keputusan SPM terbaik sekolah sepanjang zaman.

Secara keseluruhan, keputusan SPM 2013 ini menjadikan Kolej Vokasional (ERT) Azizah adalah adalah sekolah yang terbaik diantara sekolah-sekolah teknik dan vokasional daerah Johor Bahru. Untuk peringkat kebangsaan pula, Kolej Vokasional (ERT) Azizah dinobatkan sebagai nombor 1 diantara kolej-kolej vokasional seluruh negara.

Admin Blog Seni Kulinari Kolej Vokasional (ERT) Azizah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar SPM 2013 dan guru-guru yang tidak putus-putus berusaha bagi menghasilkan pelajar terbaik akademik dan sahsiah. Kami semua merasa amat bangga kerana dari 4 orang pelajar yang mendapat 9A, 3 orang daripadanya adalah dari bidang kulinari manakala seorang lagi dari bidang fesyen. Dari semua kolej yang menawarkan bidang seni kulinari di Malaysia, Kolej Vokasional (ERT) Azizah berada di tangga teratas dalam keputusan SPM 2013 dari segi keseluruhan. Apa yang lebih membanggakan, pelajar SPM 2013 yang mendaftar ke Sekolah Vokasional (ERT) Azizah bukan kerana mereka cemerlang dalam PMR 2011. Bagaimanapun berkat kesungguhan mereka dan guru-guru, akhirnya mereka keluar sebagai pelajar cemerlang SPM.

Gambar-gambar diatas adalah gambar para pelajar bersama masakan yang dihasilkannya. Tema masakan pada kali ini adalah Hidangan Perkahwinan Melayu. Gambar hidangan perkahwinan ini, salah satu bukti kesungguhan pelajar dan guru dalam menguasai bidang kulinari. Semua hidangan disediakan sama seperti di majlis perkahwinan dan dihidang diatas meja berhias dan berlatarbelakangkan pelamin yang didirikan khas untuk tema masakan kali ini. Harapan kami agar Kolej Vokasional (ERT) Azizah, Johor Bahru bakal menjadi kolej yang menawarkan Seni Kulinari terbaik seluruh Malaysia.

p/s Majlis Anugerah Cemerlang tahun ni mungkin yang paling meriah kerana pencapaian SPM nya. Mungkin juga kerana selepas 2 tahun baru Majlis Anugerah Cemerlang akan diadakan sekali lagi.

1 ulasan:

Sila tinggalkan komen yang bernas agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...