Seluruh perserta bersama juri-juri selepas acara kemuncak pertandingan. |
Acara pertandingan seni ukiran tembikai anjuran FAMA berlangsung dalam suasana gilang-gemilang bertempat di Kipmart, Tampoi. Setiap peserta diperkenalkan seolah-olah artis terkenal membuatkan semua peserta dan penonton lebih ceria.
Nursuzilawati dengan ukirannya. |
Coral rose Nurul Farhana |
Nur Dianah Nabilah |
Nurfazira |
Hasil ukiran yang mendapat tempat pertama |
Wakil Kolej Vokasional (ERT) Azizah yang membuatkan seluruh warga kolej merasa bangga. |
Saudari Amanina memenangi hadiah tempat ke-3 yang disampaikan oleh Chef Amir selaku ketua juri dari Politeknik Ibrahim Sultan. Hasil ukiran bertajuk Dahlia Jantung Hatiku berjaya menambat hati juri sekaligus memenangi hadiah berupa voucher tunai bernilai RM100 serta hadiah-hadiah sampingan yang lain.
Hasil ukiran Amanina yang mendapat tempat ke-3 |
Inilah hasil ukiran yang membanggakan Kolej Vokasional (ERT) Azizah. Walaupun baru seminggu mendapat pendedahan mengenai teknik seni ukiran tembikai, seluruh wakil peserta Kolej Vokasional (ERT) Azizah tetap berusaha bersungguh-sungguh.
Para pemenang bersama hadiah masing-masing |
Peserta Kolej Vokasional (ERT) Azizah bersama guru pembimbing |
Suasana ketika pertandingan ukiran tembikai berlangsung |
Pertandingan ini akan menjadi permulaan kepada pelajar kolej untuk terus bersemangat mendalami ilmu ukiran buah-buahan. Selepas ini, Kolej Vokasional (ERT) Azizah akan terus maju kehadapan agar terus dikenali melalui kehebatan pelajar-pelajarnya dalam seni ukiran buah-buahan disamping ilmu kulinari.
Tahniah yer..ckgu bangga sb berani mencuba
BalasPadam