Seni Ukiran Tembikai

Sebahagian peserta pertandingan ukiran buah tembikai bersama hasil latihannya.
Tahun ketiga baru pelajar Seni Kulinari Kolej Vokasional (ERT) Azizah mempelajari teknik ukiran sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagaimanapun mereka telah diberi pendedahan awal dengan mempelajarinya seni ukiran tembikai di waktu lapang.


Farhana bersama ukirannya yang bertemakan Coral Rose
Kebetulan pada 17 November 2013, akan berlangsung pertandingan Seni Ukiran Tembikai yang dianjurkan oleh FAMA bertempat di Kipmart Tampoi. Peluang ini tidak dilepaskan begitu sahaja. Dengan ini, Kolej Vokasional (ERT) Azizah menghantar seramai 6 orang wakil untuk menjadi peserta pertandingan.
Amanina mengukir bunga ciptaannya sendiri.
Pelajar-pelajar dalam artikel ini sebenarnya baru 1 minggu mempelajari seni ukiran tembikai. Waktu terluang yang hanya beberapa jam sahaja dalam seminggu digunakan sebaik-baiknya untuk memantapkan teknik dan kehalusan ukiran.

Nabilah bersama ukiran bertema Jambangan Mawar
Penyertaan pertandingan seni ukiran tembikai kali ini hanya bertujuan untuk memberikan satu pengalaman baru kepada para pelajar. Dua tahun lagi dijangka mereka akan mempelajari berbagai lagi teknik ukiran yang merangkumi berbagai jenis sayuran dan buah-buahan seperti timun, lobak merah, labu, betik, epal dan sebagainya.

Amira dengan ukiran bertema Bunga Matahari
Temui kami di Kipmart Tampoi pada 17 November 2013 jam 12.00 tengah hari. Mari bersama-sama memberi sokongan kepada kami menentang pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi lain yang telah bertahun-tahun berpengalaman dalam seni ukiran buah.

p/s : Cuba tengok jam dinding kat belakang tu. Dah pukul berapa? Terima kasih puan, sebab sudi menunggu kami sehingga          ke waktu ini.

2 ulasan:

Sila tinggalkan komen yang bernas agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...