Produk Pelajar - Doorgift dan Hamper Kek Kukus Buah-buahan

Hamper mengandungi Kek Kukus Buah-buahan dan Biskut Famous Amos
Salah satu aktiviti pelajar yang paling popular di Kolej Vokasional Azizah Johor Bahru adalah menyediakan tempahan hamper dan doorgift. Hamper dan doorgift yang dikeluarkan oleh pelajar Unit Seni Kulinari biasanya mengandungi peroduk makanan seperti kek, biskut dan sebagainya.


Pelajar bertugas disamping doorgift yang sedia dihantar kepada pelanggan.
Biasanya pelanggan yang menempah hamper dan doorgift ini berada disekitar Bandaraya Johor Bahru. Para pelanggan memesan doorgift untuk majlis-majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan pertunangan, potong jambul, majlis jamuan rasmi dan sebarang acara kebudayaan.

Pelajar melakukan proses pembungkusan secara manual.
Semua produk yang dikeluarkan oleh Unit Seni Kulinari Kolej Vokasional Azizah disediakan sendiri oleh pelajar dengan bimbingan guru yang sangat berpengalaman dalam penyediaan produk makanan. Kemudahan bengkel yang lengkap dan teratur memudahkan pengeluaran yang terjamin kualiti dan kebersihannya. 

Setiap produk dikeluarkan secara teliti agar menepati standard yang dikehendaki.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dilakukan terus dengan menghubungi kami melalui borang yang disediakan. Sila klik disini untuk menghubungi kami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan komen yang bernas agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri. TQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...